Nik Abdul Aziz Nik Mat: Pemikiran dan Kebijakan Berpolitik
Penulis: Annual Bakri Haron
Penerbit: ILHAM Books
ISBN: 9789672007197
Muka Surat: 248 pp
Sesungguhnya, menelusuri tentang pemikiran dan kebijakan kepimpinan Nik Abdul Aziz lewat buku ini bagaikan berkisah tentang hikayat seribu satu malam. Ini bukan justeru kisahnya bersifat terapung dan tidak berjejak di bumi nyata, tetapi kerana kejujuran diri beliau melahirkan himpunan naratif yang jujur. Pada saya, himpunan tulisan ini berbekas. Penulis tahu bagaimana nak meletak dan mengisikan bekas itu dengan sikap perhambaan tokoh yang dirujuknya. Jauh sekali dari masih bersifat pencarian, tema terbesar buku ini adalah penyerahan setelah Tok Guru menemui jalan pedomannya ke hadapan. Tok Guru bukan lagi mencari bahkan telah menerokai sebuah keyakinan yang lama diimaninya lalu membawanya ke tengah-tengah medan untuk dikongsikan bersama.
Tok Guru dan saya - lebih dari
bapa dan si anak. Lebih dari kawan biasa. Lebih dari guru di sebuah pertapaan.
Tangan beliau yang saya genggami, masih terasa erat. Hujung kaki beliau, enggan
saya lepaskan. Kata-katanya, masih berbekas bukan sahaja di telinga saya,
bahkan di jiwa. Lantaran itu, dengan kelahiran buku ini, ia menjadi penawar
duka perpisahan kami. Catatan yang menyegarkan semula ingatan. Nota-nota untuk
bekal perjalanan ke hadapan. Ramuan berkhasiat untuk jiwa dan pemikiran. Peta
untuk tidak ralat. Peringatan yang berguna. Dan ukiran sejarah Tok Guru atas
kertas memudahkan rakaman sejarah yang berpanjangan.
HUSAM MUSA
ANUAL BAKRI HARON merupakan Setiausaha Politik kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan dari 1999 sehingga 2010. Sebelumnya beliau dalam pentadbiran awam sebagai pengawai tadbir diplomatik selama 20 tahun. Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam Pengajian Asia Tenggara dari Universiti Malaya dan pelbagai latihan dan kursus di luar negeri semasa berkhidmat dalam pentadbiran awam.
Untuk pengenalan lanjut boleh lihat di link bawah: