Nik Ahmad Nik Hassan Dalam Perkhidmatan Awam

RM38.00
9789670067056
95 item(s)
+

Nik Ahmad Nik Hassan Dalam Perkhidmatan Awam

Author: Nik Nazmi Nik Ahmad
Publisher: ILHAM Books
ISBN: 9789670067056
Weight: 
Pages: 119pp
Year: 2023
Price: RM

Coretan ini ialah tentang bapa Nik Nazmi - Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Ahmad Nik Hassan yang bersara sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos.

Nik Ahmad bersara pada 1988, dan 34 tahun kemudian anak bongsunya dilantik untuk bertanggungjawab ke atas portfolio sama.

Nik Ahmad lahir pada tahun 1930. Beliau lahir dalam sebuah keluarga ulama di Kelantan, namun beliau berubah arah daripada pendidikan Arab kepada Inggeris kerana keluarganya tidak mampu menghantarnya ke Timur Tengah.

Beliau memulakan kerjaya beliau sebagai seorang penjawat awam setahun selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Beliau mempunyai iltizam tinggi melihat masyarakat Melayu dan Bumiputera mendapat kedudukan yang lebih baik, namun selesa dalam suasana masyarakat pelbagai kaum.

Beliau tidak menggunakan hubungan perkenalannya untuk memperkayakan diri sendiri, sebaliknya beliau mengguna jaringan ini untuk membuka peluang-peluang pendidikan dan perniagaan kepada orang lain, khususnya Bumiputera.

Coretan ini dimulakan Nik Nazmi sebagai satu percubaan untuk mendokumentasi kehidupan bapanya, seorang penjawat awam perintis daripada sebuah generasi unik yang banyak mengajar generasi muda termasuk membentuk idealisme politik dan perkhidmatan awamnya sendiri.

Melalui kisah beliau, pembaca dapat menyoroti sejarah perkembangan perkhidmatan awam di Malaysia, malah memahami pemikiran Nik Ahmad serta beberapa pemimpin yang terkandung dalam coretan ini. 



Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI