Nilai Islam dalam Pengurusan Modal Intelek di Sektor Perhotelan Malaysia

RM35.00
9786294861312
3 item(s)
+

Nilai Islam dalam Pengurusan Modal Intelek di Sektor Perhotelan Malaysia

Author: Tengku Kasmini Tengku Wook, Noradiva Hamzah & Norlida Hanim Mohd Salleh
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294861312
Weight: 0.22kg
Pages: 142pp
Year: 2023
Price: RM35  

Buku ini diterbitkan khusus untuk memberi pendedahan kepada pembaca sama ada pelajar, pemain industri mahupun pihak kerajaan dan pemegang taruh tentang nilal Islam dalam pengurusan modal intelek (PMI) di sektor perhotelan. Hasil penulisan buku ini juga adalah berkaitan nilai Islam dalam pengurusan organisasi yang memberi kesan ke atas prestasi hotel di Malaysia. Buku ini boleh dimanfaat oleh pihak pengurusan hotel khususnya dalam memahami kepentingan pengagihan sumber yang berharga seperti modal intelek bagi meningkatkan daya saing dan prestasi organisasi. Pihak pengurusan perlu memahami sumber dan keupayaan pekerja kerana ini adalah kekuatan dalaman mereka bagi membolehkan persaingan secara sihat dengan hotel-hotel lain. Oleh demikian, penulisan ini dapat membantu sektor perhotelan meningkatkan prestasi syarikat. Dipercayai bahawa langkah-langkah nilai tambah dalam modal intelek bercirikan nilai Islam boleh digunakan oleh kerajaan Malaysia khususnya dalam sektor perhotelan.

TENGKU KASMINI TENGKU WOOK, Ph.D, graduan Doktor Falsafah di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kajian beliau mengkhusus dalam bidang Ekonomi Sumber dan Alam Sekitar. 
NORADIVA HAMZAH, Ph.D, Profesor Madya di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM. Beliau adalah pengerusi Pusat Kajian Keutuhan Tadbir Urus & Akuantbiliti. Kajian beliau mengkhusus dalam bidang pelaporan modal intelek, tadbir urus dan pelaporan kelestarian. 
NORLIDA HANIM MOHD SALLEH, Ph.D, Profesor Madya di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM. Beliau adalah pengerusi Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari. Kajian beliau mengkhusus dalam bidang Ekonomi Sumber dan Alam Sekitar.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI