​Nurani Dalam Mandala Manusiawi

RM45.00
9786297547282
5 item(s)
+

Nurani Dalam Mandala Manusiawi

Author: Abd Razak Hussin
Publisher: UKM Press
ISBN:  9786297547282
Weight: 0.412
Pages: 275
Year: 2023
Price: RM45

Saya merafak sebesar-besar kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu wa Ta'ala yang menganugerahi izin dan inayah, mengupayakan saya mencurah segala yang terhimpun dalam pemikiran di pelbagai kesempatan. Segala keresahan yang berlegar adalah pancaran keperibadian yang terbentuk oleh leluhur yang sering berpesan, hidup tanpa kepedulian adalah kematian tanpa nilainya. Justeru, penulisan yang terhimpun dalam buku ini sebahagian besarnya terhasil daripada dorongan keresahan dan kegelisahan sendiri. Meskipun mungkin tidak menyelesaikan apa-apa, saya menumpang malam-malam sepi anugerahNya menzahirkan segala yang bersarang di hati dan bergentayangan di minda.

Kehidupan adalah perjalanan panjang, disulami pelbagai pengalaman dan getar rasanya. Sama ada kegembiraan, kedukaan, kebosanan, kebungkaman, kemarahan, kenestapaan, penghargaan dan pelbagai lagi yang dirasai. Sama ada dialami sendiri, atau insan-insan terdekat, atau sahabat malah insan lain yang di luar jangkau perhubungan.

Semuanya dilihat dan ditakkul menerusi mata nurani. Mata nurani yang memencar penafsiran terhadap sesuatu yang berlaku dalam kehidupan manusia. Tentunya segala yang berlaku, dilalui dan diperhati mendorong penakkulan yang memberi sudut pandang manusiawi berasaskan pengalaman peribadi yang membentuk corak berfikir sendiri. Buku Nurani dalam Mandala Manusiawi ini adalah himpunan artikel saya sejak 2009 hingga 2022 yang pernah disiarkan dalam akhbar-akhbar bercetak iaitu Berita Harian, Utusan Malaysia, Sayang Sabah dan Harian Metro serta majalah elektronik Life is Beautiful.

Saya membahagikan rencana-rencana tersebut kepada sembilan tema iaitu jati diri, kekeluargaan, kemanusiaan, kemasyarakatan, kenegaraan, pembangunan, pendidikan, pengurusan dan persahabatan. Semuanya berasaskan kepada pengalaman sebenar yang diolah dengan garis kemanusiaan yang terbentang secara alami. 
12/Nurani dalam Mandala Manusiawi - Abd Razak Hussin -


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI