Ontologi Ketuhanan (ilmu Wujudiyyah) Shaykh Abdul Rauf Ali Al-Fansuri Al-Singkili
Authors: Mohd Syukri Yeoh Abdullah, Md Zuraini Mashrom & Abdul Manam Mohamad
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672513384
Weight: 0.38kg
Pages: 243pp
Year: 2021
Price: RM40
Buku ini adalah koleksi pelbagai hasil kajian manuskrip Alam Melayu dengan kod FRGS/1/2016/WAB04/UKM/02/2, kod GP-K007332 dan kod Il-2016-002. Paparan hasil kajian khazanah ilmu dari manuskrip-manuskrip ulama Alam Melayu dan kitab turath Arab dalam memberi penjelasan tentang Sistem Ontologi KeTuhanan (Ilmu Wujudiyyah) Shaykh Abdul Rauf Singkel mengikut Bahasa Melayu kini bagi melihat bagaimana peleraian konflik pemikiran KeTuhanan Wujudiyyah yang berlaku zaman sebelumnya. Perbahasannya meliputi dua aspek, iaitu Tanazzulat al-Rabb dan Taraqqi al-Abd. Hal ini tidak dilakukan oleh para ulama Alam Melayu sebelumnya mahupun dewasa ini. Penggunaan Bahasa falsafi dalam buku ini sangat perlu bimbingan pembacaan daripada mursyid yang berijazah rasmi agar tidak timbul salah faham para pembaca terhadap keterangan dan perbahasan buku ini. Buku ini diharap dapat menjadi panduan penghayatan makrifah golongan ahlillah yang ingin mencapai mardhatillah (keredhaan Allah SWT). Ini adalah antara tugas dan usaha Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk disampaikan kepada masyarakat Alam Melayu dewasa ini. Usaha cari gali dalam manuskrip Alam Melayu sebagai sumber primer ini telah memberi garis panduan jati diri bangsa dan kehidupan, dan seterusnya melanjutkan pemgembangan acuan pemikiran Tamadun Alam Melayu.
MOHD SYUKRI YEOH ABDULLAH, PhD, adalah Prof. Madya dan Felo Penyelidik Kanan di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau berkepakaran dalam bidang Sejarah Pemikiran Islam, Manuskrips dan Sufi Alam Melayu.
MD ZURAINI MASHROM, MA, adalah pensyarah IPG Kampus Pendidik Islam. Sg Merab, Selangor. Beliau berkepakaran dalam bidang Bahasa Arab, Kitab Turath, Manuskrip dan Sufi.
ABDUL MANAM MOHAMAD, PhD, adalah Prof. Madya dan Pensyarah di Pusat Pengajian Teras, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Beliau berkepakaran dalam bidang Usuludin, Tarekat dan Tasawuf.