Sokongan Rawatan Pemulihan Penagihan Dadah Menerusi Modul Bimbingan Kepimpinan Kendiri
Author: Hanina H. Hamsan
Publisher: UPM Press
ISBN: 9789672989882
Page: 173 m/s
Year: 2022
Price: RM38
Buku ini mengemukakan kaedah baharu, iaitu Modul Bimbingan Kepimpinan Kendiri dalam membantu klien yang sedang menjalani proses rawatan pemulihan penagihan dadah dan substans. Matlamat utama bimbingan kepimpinan kendiri adalah: (i) Membantu klien merealisasikan impian menjadi individu berimpak pada pembangunan negara dengan bebas daripada penyalahgunaan dadah, dan (ii) Klien kekal dalam pekerjaan atau bidang yang diusahakan.
Buku ini mengandungi Sembilan bab yang memperincikan pelaksanaan Modul Bimbingan Kepimpinan Kendiri secara teori dan praktikal. Ia mudah difahami dan diikuti pembaca kerana gaya penulisan adalah bersifat komunikasi secara lisan. Buku ini juga merupakan antara buku pertama yang menggabungkan pendekatan terapi Kognitif-Tingkah Laku (CBT) dan Pemprograman Neuro-Linguistik (NLP).
Secara keseluruhannya, sebanyak 12 aktiviti dan Latihan kendiri dikongsikan dalam buku ini untuk membimbing klien meningkatkan keyakinan diri, merancang strategi untuk mencapai matlamat, meningkatkan kecemerlangan fizikal dan rohani serta mengubah cara mereka berfikir. Pembaca juga berpeluang memperoleh tujuh kemahiran asas bimbingan dan enam Teknik terapi dalam membantu klien. Disamping itu, panduan pelaksanaan pemantauan aktiviti kendiri klien juga dibekalkan di bab akhir buku ini.