Panas, Rata Dan Sesak
Author: Thomas L. Friedman
Translator: Mohd
Mustamam Abd Karim, Dan Nurulhuda Abdul Rahman
Publisher:
ITBM
ISBN: 9789830685809
Year: 2011
Weight: 0.200 kg
Price: RM55
Dalam buku Panas, Rata, Sesak, Thomas L. Friedman
mencadangkan peluang meraih kemewahan yang perlu direbut oleh rakyat Amerika
Syarikat (AS), iaitu dengan cara menyelamatkan alam sekitar. Sememangnya semua
karya Friedman sentiasa menyegarkan minda dengan pelbagai lontaran idea supaya
diambil manfaat oleh pembaca.
Yang menarik, Friedman menggabungkan tiga topik berlainan
untuk memberikan satu kesimpulan dan kesedaran untuk melindungi alam yang kita
duduki. “Panas” merujuk kepada situasi pemanasan global, “Rata” digambarkan
dengan dunia yang semakin mengecil dan rata ekoran kemajuan pengangkutan dan
Internet, dan “Sesak” bermaksud populasi dunia yang semakin bertambah. Melihat
pada judulnya, secara automatik dapat menggambarkan isi kandungannya yang
membincangkan isu sains dan politik sumber tenaga.
Buku ini sudah tentunya ada kaitan dengan karya Friedman
sebelum ini, Dunia Sama Rata (ITNM, 2010). Friedman dalam buku itu mengomong
berkenaan globalisasi yang menyatakan pertambahan populasi dan kemunculan
“gergasi” baharu seperti India dan China akan membebankan sumber asli alam yang
mempercepatkan lagi pemanasan global. Perkembangan ini menyebabkan Friedman
bermonolog sendiri dalam bab keempat buku terbaharunya, “Can Red China Become
Green China?” yang merupakan inti pati penting buku ini.