Panduan Penjaga Warga Emas
Author/Editor: Farizah Mohd Hairi • Choo Wan Yuen • Noran Naqiah Hairi
Publisher: UM Press
ISBN: 9789674880767
Weight: 300
Pages:
Year: 2018
Price: RM54
Buku Panduan Penjaga Warga Emas ini merupakan hasil kerjasama Julius Centre University of Malaya bersama Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan dan Pejabat Kesihatan Daerah Seremban. Buku kompak ini mengandungi semua panduan asas yang diperlukan oleh penjaga kepada warga emas. Ia meliputi perkara seperti penjagaan kesihatan warga emas, pemakanan warga emas, penjagaan warga emas yang kurang upaya, fisioterapi serta cara menguruskan stres bagi penjaga warga emas itu sendiri. Oleh itu, buku ini amat bersesuaian untuk dimiliki oleh siapa sahaja dalam mengetahui tatacara dalam menguruskan warga emas.