​Panduan Pesakit Laringektomi

RM30.00
9789672512547
2 item(s)
+

Panduan Pesakit Laringektomi

Author: Itzhak Brook
Publisher : UKM Press
ISBN:  9789672512547
Page: 166 m/s 
Year: 2021
Price: RM30

Pemandiri laringektomi merupakan penghidap kanser peti suara yang telah melalui pembedahan pembuangan peti suara. Mereka ini terpaksa mengharungi cabaran demi cabaran untuk beradaptasi dengan pelbagai fungsi badan yang berubah, dan inilah yang menjadi tumpuan utama penulisan ini. Penting bagi pemandiri dan ahli keluarga mereka memahami konsep pelbagai teknik pertuturan selepas laringektomi iaitu pertuturan trakeoesofagus, elektrolaring dan esofagus.

Buku ini mengandungi penerangan jelas mengenai kesemua teknik pertuturan ini yang disertai dengan gambarajah berguna. Pengetahuan ini bukan sahaja penting buat pemandiri kanser kepala dan leher, tetapi juga buat ahli keluarga mereka dan pasukan kesihatan yang menyediakan perkhidmatan kecemasan kepada komuniti. Penjagaan pernafasan, deria bau dan pemakanan turut ditekankan di dalam penulisan ini, bagi membantu pesakit mencapai tahap kesihatan yang optimum, pasca pembedahan.

Pemandiri laringektomi turut menjalani rawatan kanser seperti radioterapi dan kemoterapi. Terdapat pelbagai kesan sampingan jangkamasa pendek dan panjang yang boleh dialami pesakit termasuk masalah radang mulut, anemia, trismus, kerosakan gigi dan kesukaran menelan. Kesan sebegini turut membelenggu pemandiri kanser bahagian kepala dan leher yang lain.

Kandungan buku ini boleh dijadikan panduan untuk memahami dan mengatasi pelbagai permasalahan yang berkaitan dengan kesan-kesan sampingan ini. Buku ini sesuai untuk bacaan semua golongan yang berhasrat mengetahui secara mendalam mengenai persoalan-persoalan kesihatan di kalangan pemandiri kanser kepala dan leher secara amnya dan kanser peti suara secara khususnya. Pesakit, ahli keluarga pesakit, pasukan kesihatan, pelajar perubatan dan masyarakat awam yang berminat boleh mendapat manfaat melalui pembacaan buku ini.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI