Para Penentang Muhammad: Generasi Penetang Era Madinah
Author: Zhaenal Fanani & Dzulkhairi Md Noor
Publisher: PTS
ISBN: 9789674818500
Weight: 0.370 kg
Pages: 264pp
Year: 2022
Price: RM35
Nabi Muhammad SAW merupakan insan teragung dan qudwah sepanjang zaman. Ketokohan Nabi tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun bahkan oleh individu yang memusuhi Baginda. Mereka merupakan individu berpengaruh dalam sejarah yang menentang dakwah Baginda. Faktor dan kaedah penentangan adalah perkara yang perlu dirungkaikan agar kita dapat menelusuri perbezaan antara kebenaran dan ego yang juga meliputi aspek budaya, ekonomi dan sistem politik.
Buku Para Penentang Muhammad: Generasi Penentang Era Madinah memaparkan visualisasi kehidupan para penentang yang agresif menentang dakwah Nabi Muhammad SAW. Kaedah dan strategi Nabi SAW berhadapan dengan golongan sebegini perlu kita jadikan panduan untuk menghadapi watak seumpamanya yang mungkin kekal wujud sepanjang zaman.
Buku ini amat sesuai dijadikan bahan bacaan penting masyarakat bagi mengetahui secara lebih mendalam mengenai kehidupan para penentang bermula dengan keturunan, faktor dan kaedah penentangan juga kematian. Ia juga menjawab beberapa maklumat penting yang dibangkitkan oleh para pengkritik moden.
Antara penentang yang dimuatkan dalam buku ini :
- Abi Afak (Penyair Politik Arab-Yahudi).
- Amir Bin Al-Thufail (Pembantai Ahli Qurra’).
- Zainab Binti Al-Harits (Pencetus Pembunuhan Nabi).
- Ummu Qirfah (Kematian Kontroversi).
- Sajah Binti Al-Harits (Nabi Wanita Dari Bani Taghlib).