Paradigma Ekonomi Integriti: Sudut Pandangan Islam
Author: Muhamamd Hisyam bin Mohammad
Publisher: IKIM Press
ISBN:
Pages:
Weight:
Year: 2014
Price: RM24
Buku ini merupakan kompilasi makalah yang pernah dihasilkan oleh penulis untuk siaran akhbar Berita Harian dan Utusan Malaysia. Keseluruhannya ia mengandungi 47 buah artikel dalam pelbagai tajuk. Secara amnya artikel-artikel tersebut membicarakan tentang isu-isu yang berlaku di dalam negara ini yang berkisar sekitar ruang lingkup ekonomi dan pengurusan. Selain itu ia turut memuatkan artikel-artikel yang mengupas tentang isu-isu yang berkaitan dengan soal integriti dan perpaduan kaum. Bagi memudahkan penyampaian maklumat kepada para pembaca, artikel-artikel di dalam buku ini dikategorikan kepada empat tema yang berbeza iaitu:
1. Kewangan Islam
2. Kepenggunaan dan Piawaian Islam
3. Pengurusan Islam
4. Integriti dan Perpaduan