Parti Amanah Negara: Cabaran, Halangan dan Potensi Sebagai Parti Islam Berpengaruh, Berintegriti
Author: Ahmad Lutfi Othman
Publisher: Penerbitan Pemuda
ISBN: 9789671428511
Pages: 525 pp
Price: RM40.00
Antara persoalan yang kerap dilemparkan, wajarkah ditubuhkan sebuah lagi parti Islam selepas wujud Pas sejak sekian lama? Apakah Amanah hanya berbeda dengan Pas, daripada segi pendekatan dan gaya berpolitik, iaitu kewujudannya sekadar Pas 2,0? Benarkah pengasas Amanah merupakan golongan yang kecewa kerana kalah dalam pemilihan Pas 2015? Benarkah Amanah menganggap Pas adalah seteru kuatnya, sepertimana Pas menganggap Amanah perlu “dibunuh” demi survivalnya? Golongan asatizah tiada tempat dalam Amanah dan kedudukan Majlis Penasihat Pakar jauh lebih rendah berbanding Majlis Syura Ulama Pas? Jika Ustaz Abdul Hadi Awang tidak lagi memimpin Pas, maka Amanah boleh sahaja dibubarkan dan kembali bergabung? Mengapa Amanah begitu mudah menerima Dr Mahathir Mohamad? Apakah tiada syarat ketat untuk Amanah mengadakan kerjasama politik dengan pihak luar? Jika Pakatan Harapan menang PRU14, apa sumbangan Amanah dalam kerajaan baru terutama dari segi memartabatkan agenda Islam, memandangkan jumlah kerusi Parlimen yang diperuntukkannya agak kecil?
--------------
Penubuhan Parti Amanah menimbulkan pelbagai salah faham dan tafsiran yang menyimpang. Para pemimpinnya dianggap golongan kecewa yang tidak dapat menerima kekalahan dalam Muktamar Pas 2015. Mereka dilabel pengkhianat, khadam DAP, malah "difatwakan darah halal dan wajar dihapuskan". Ia juga dijangka tidak dapat bertahan lama.
Namun begitu Amanah dilihat pengkaji politik sebagai parti masa depan yang cukup berpotensi dan berperanan besar menangani faham ekstremisme yang semakin merebak. Pendekatannya yang sederhana, membawa mesej Islam yang progresif, juga bersikap peduli rakyat dan insklusif.
Buku ini cuba menjawab berbagai-bagai persoalan dan keraguan yang timbul serta membawa penjelasan daripada pengasas Amanah sendiri.