Parti Keadilan Rakyat: Jejak-Jejak Kelahiran Mengislah Kenegaraan

RM60.00
Out of stock

Parti Keadilan Rakyat: Jejak-Jejak Kelahiran Mengislah Kenegaraan

Author: Abu Muhammad 
Publisher: Akademi Peranserta Rakyat 
ISBN: 
Weight: 0.35 kg
Pages: 205 pb
Year: 2021
Price: RM60

Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau sebelumnya dikenali dengan nama Parti Keadilan Nasional (KeADILan) dilahirkan kira-kira dua dekad yang lampau dalam suasana politik Malaysia yang 'darurat' dan panas. Dengan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim, tercetus suatu gerakan menuntut keadilan terhadap tindakan zalim parti pemerintah ketika itu yang diketuai oleh Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad. Gerakan ini dinamakan sebagai Gerakan Reformasi yang menuntut keadilan dan reformasi politik secara menyeluruh.

Gerakan ini tentunya tidak disenangi oleh parti pemerintah dan segala usaha untuk mendaftarkan sebagai sebuah parti politik yang sah telah 'digagalkan' oleh aparatus Kerajaan. Buktinya tiga insiatif permohonan pendaftaran parti politik oleh aktivis gerakan reformasi tidak diluluskan walaupun mengikut segala prosedur dan aturan sedia ada.

Justeru suatu usaha yang dilakukan secara sulit dan rahsia perlu digerakkan untuk menghasilkan wadah parti politik yang sah bagi membolehkan gerakan ini bertanding dalam pilihan raya.

Buku di tangan anda ini mendedahkan usaha-usaha tersebut yang dilakukan secara strategik sehingga ianya tidak disedari oleh pihak Kerajaan dan seterusnya membidani kelahiran sebuah parti yang bernama Parti Keadilan Nasional (KeADILan).  



JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI