PAS & Pilihan Raya

RM25.00
Out of stock

PAS & Pilihan Raya: Analisis pencapaian Parti Islam SeMalaysia dalam pilihan raya umum – 1959-2013

Penulis: Mohd Hasbie Muda

Halaman: 163 ms.

Penerbit: Megamind Leadership Consultancy

Tahun terbitan: 2014

ISBN: 9789671196915

Berdasarkan kepada penelitian saya, buku ini padat dengan data dan fakta yang tepat mengenai penyertaan PAS di dalam setiap PRU. Lebih penting lagi, buku ini turut disertai dengan analisa yang mantap ke atas data dan fakta tersebut, khususnya yang menyentuh tentang prestasi PAS dalam setiap PRU, terutamanya PRU terakhir yang disertai oleh PAS, iaitu PRU 13. Cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh penulis buku ini di dalam segmen unjuran masa depan pula, yang diasaskan kepada analisa ke atas data dan fakta tersebut, pada pendapat saya, sangatlah objektif, rasional dan perlu dimanfaatkan bagi memantapkan lagi prestasi PAS dalam PRU 14. Tahniah kepada Saudara Hasbie Muda kerana berjaya menyiapkan satu karya yang berkualiti dalam tempoh yang agak singkat - Dr Kamarul Zaman Haji Yusoff, Penganalisis Politik

Buku ini menyentuh perjalanan politik PAS khususnya dalam pilihan raya sejak tahun 1955 sehingga ke 2013. Penulis memuatkan angka-angka penting bagi memperlihatkan pencapaian PAS sejak pilihan raya pertama hingga akhir baru-baru ini. Sesuatu yang menarik, penulis tidak apologetik untuk mengakui bahawa PAS dan UMNO masih jauh perbezaan dari segi pencapaian, tetapi PAS berpotensi untuk menumbangkan UMNO sekaligus merampas tampuk kekuasaan – Mohd Sayuti Omar, Penulis & Penganalisis Politik.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI