Pedoman Berhari Raya
Author: Tuan Guru Haji Muhammad Samman Kati
Publisher: Akademi Jawi Malaysia
ISBN: 9789672422587
Weight: 0.38 kg
Pages: 115
Year: 2024
Price: RM35
Naskhah Pedoman Berhari Raya ini diterbitkan pada tahun 1360 Hijri yang bersamaan dengan tahun 1941 Miladi. Berkemungkinan buku ini diterbitkan sekitar pertengahan bulan puasa, kerana tarikh tersuratnya kata Pendahuluan itu pada 15 haribulan Ramaḍān.
Ummat Islām di Semenanjung Tanah Melayu ketika itu menunaikan ‘ibadah puasa Ramaḍān pada 22 September, dan menyambut ‘Īd al-Fiṭr pada 21 Oktober—iaitu sebelum Tentera Diraja Jepun mendarat di Kota Bharu pada tanggal 8 Disember 1941.
Turut dimuatkan ialah kata pengantar Senator Datuk Seri Profesor Emeritus Dr. Awang Bin Sariyan, Ahli Dewan Negara, yang antara lainnya menyebut bahawa “... kesedaran ulama dan cendekiawan silam telah muncul untuk memberikan pedoman yang bersendikan syarak kepada masyarakat agar Hari Raya disambut sebagai ibadat, bukan semata-mata sebagai adat. Antara ungkapan yang menunjukkan ketajaman daya kritis penyusun risalah ini ialah peringatan agar ‘Hari Raya tidak bertukar menjadi Hari Berdosa’ disebabkan sambutan yang tidak syar‘i.”