Pedoman Mengajar : Qa‘idah dan Peraturan Pendidikan Turath Jawi
Author: Aḥmad bin Ya‘qub Al-Johori
Publisher: Akademi Jawi Malaysia
ISBN : 9789672422037
Weight: 0.22 kg
Year: 2020 (Reprint)
Page: xxv + 128 ms
Price : RM 35
Sistem Sekolah Agama Johor adalah yang tertua sekali di tanah air kita, Malaysia. Hingga kini, usia pendidikan agama ini telah menjangkau 100 tahun sejak pelaksanaannya pada tahun 1918. Pendidikan agama negeri Johor begitu istimewa kerana ia berhasil menggabungkan tradisi ke‘ilmuan Jāwī dalam cara gaya pendidikan moden.
Adapun kitāb Pedoman Mengajar ini diterbitkan semula bagi mempersembahkan falsafah dan amalan pendidikan yang menjadi batu asas keutuhan sistem pendidikan agama negeri Johor. Ia dikarang oleh seorang tokoh ilmuwan Jāwī negeri yang hidup pada awal abad ke-20 Masihi, Aḥmad bin Ya‘qūb al-Johorī yang juga merupakan pengarang Kitāb Ādāb Perempuan yang terkenal.