Peguam Bukan Peguam
Penulis: Zulqarnain Lukman
ISBN: 9789672007104
Muka Surat: 192
Penerbit: ILHAM Books
Tahun: 2017
Tidak kurang juga saya ketemu manusia aneh seperti OCPD yang sangat gah di
balai tetapi menikus di dalam Mahkamah, saksi penipu yang pintar memperdaya
hakim, wanita yang jelita tetapi berperangai jelik, wanita yang baru mencuba
menjadi ibu ayam tetapi gagal dalam percubaan pertamanya untuk memperdagang 4
orang perawan, tokey dadah yang berIQ tinggi, orang yang tidak bersalah tetapi
dihukum kerana kegagalan sistem perundangan, bapa yang tidak berhati perut
kerana membiarkan anak hidup kesusahan tanpa nafkah dan broker perniagaan yang
menagih khidmat guaman terbaik tetapi kedekut mengeluarkan wang.
Hadir ke Mahkamah adalah sebenarnya suatu keistimewaan atau privilege yang tidak mungkin dinikmati manusia biasa. Hanya manusia tertentu yang boleh bersuara di dalam Mahkamah iaitu Hakim, Peguam, OKT, Pendakwa dan Polis Mahkamah. Selain itu, manusia lain tidak punya hak untuk bersuara di Mahkamah.