Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti Berteraskan Syariah MS1900
Author: Hasan al-Banna Mohamed
Publisher: Penerbit UPNM
ISBN: 9789675985379
Weight:
Pages: 45
Year: 2016
Price: RM35
MS1900 merupakan sistem pengurusan kualiti yang bersifat umum atau generik, oleh itu ia sesuai digunakan dalam pelbagai sektor termasuklah sektor IPT. Namun, pelaksanaannya perlu mengambil kira dengan ciri dan keperluan sesebuah organisasi. Manual ini bukan sahaja menerangkan aspek-aspek teknikal yang perlu dipatuhi oleh IPT dalam melaksanakan MS1900, tetapi ia juga menerangkan beberapa ciri penting yang menjadi asas yang membentuk persekitaran IPT. Keistimewaan lain manual ini ialah ia turut memaparkan langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya IPT merancang untuk menghasilkan inovasi setelah berjaya melaksanakan MS1900. Inovasi yang terhasil dari pelaksanaan MS1900 akan membawa banyak faedah kepada IPT, sama ada di segi pengurusan ataupun penyampaian perkhidmatan.