Pelembutan Daging Menggunakan Melinjau
Author/Editor: Faisal Abdurrahman
Publisher: UM Press
ISBN: 9789831008812
Weight: 200
Pages:
Year: 2016
Price: RM38
Daging merupakan salah satu makanan utama rakyat Malaysia. Keliatan merupakan masalah utama dalam pengambilan makanan yang berasaskan daging. Pelbagai cara digunakan untuk melembutkan daging seperti mengisar, memotong daging mengikut serat dan memanaskan daging menggunakan suhu yang tinggi. Buku ini memperkenalkan kaedah melembutkan daging secara mudah dan kos yang rendah dengan menggunakan jus biji melinjau. Melinjau merupakan tumbuhan tropika yang banyak ditanam di Malaysia, Indonesia, Filipina dan Thailand. Bahagian yang digunakan adalah kulit biji melinjau. Kulit biji melinjau didapati mengandungi protease yang sesuai digunakan untuk melembutkan daging.
Protease kulit biji melinjau lebih baik berbanding protease daripada betik dan nanas kerana ia lebih stabil pada suhu tinggi dan lebih berkesan pula dalam melembutkan daging.