Pembangunan Bandar Pintar Berpusatkan Rakyat Di Malaysia

RM55.00
9789672517320
5 item(s)
+

Pembangunan Bandar Pintar Berpusatkan Rakyat Di Malaysia

Author: Lim Seng Boon & Jalaluddin Abdul Malek
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672517320
Weight: 0.573 kg
Pages: 392pp
Year: 2022
Price: RM55

Buku ini ditulis berasaskan epistemologi pasca materialis dengan hakikat (ontologi) bahawa landasan kemunculan bandar pintar bertitik tolak daripada budaya kebendaan teknologi termaju seperti teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Namun begitu sebagai pemikir pasca materialis metode pemahaman terhadap pembangunan bandar pintar lebih jauh daripada itu. Pembangunan bandar pintar tidak semestinya dilihat dari sudut perancangan ICT semata-mata, tetapi juga dilihat kepada yang lebih inklusif, komprehensif, kolaboratif dan simbiosis dengan kehidupan manusia yang sebenar. 

Justeru, Pembangunan bandar pintar berpusatkan rakyat (citizen-centrict Smart City) perlu diketengahkan dalam kerancakan budaya material bandar pintar di peringkat global, serantau dan lokal. Perkembangan mutakhir, pembangunan bandar pintar (smart city) semakin popular dan didominasi oleh teknologi termaju di bawah Fourth Industrial Revolution (4IR) seperti kecerdasan pintar dan IoT. Di bawah arus perbandaran pintar tekno-utopianisme 4IR tersebut, pihak berkepentingan dan berkuasa nampaknya lebih cenderung mengadakan usaha sama dengan sektor korporat teknologi termaju demi mencapai visi dan misi pentadbiran mereka. Namun, di pihak rakyat dan pihak awam seperti diabaikan malah penglibatan, kerjasama dan peranan mereka tidak begitu menonjol. Demi menyedarkan pihak berkepentingan tentang perlunya peranan rakyat dan pihak awam dalam kemajuan bandar pintar, buku ini mengemukakan satu alternatif nilai (axiologi) pemikiran humanisme yang menekan konsep ‘berpusatkan rakyat’ dalam pembangunan bandar pintar. 

Konsep berpusatkan rakyat ini adalah bertepatan dengan visi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dalam menekankan aspek keterangkuman, iaitu kefahaman, jenis dan proses penglibatan, serta peranan dan sikap rakyat berkenaan. Model bandar pintar berpusatkan rakyat yang dikemukakan dalam buku ini menekankan elemen pintar insan, tadbir urus yang wajar dan unik. Berbeza dengan model bandar pintar yang bertunjang teknologi termaju. Selain itu, buku ini dapat membuka minda awam kepada pemikiran ‘bersama rakyat’ demi merealisasikan budaya muafakat dalam hal membangunkan bandar pintar.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI