Pembangunan Insaniah Pelajar Muslim
Author: Mohd Radhi Ibrahim
Publisher: USIM Press
ISBN: 9839470507
Pages: 232
Year: 2010
Weight:
Price: RM12
Karya sederhana ini mengulas berkenaan isu-isu penting berkaitan dengan kehidupan mahasiswa di Institut Pengajian Tinggi. Antara isu yang diperbincangkan ialah berkenaan pembentukan jati diri,melahirkan niat yang ikhlas dan penyucian jiwa. Penulisan ini juga turut mengulas berkenaan cabaran mahasiswa dalam memburu kecemerlangan melalui penguasaan ilmu dan budaya membaca hinggalah kepada beramal dan berbakti kepada masyarakat. Semoga dapat membantu melahirkan graduan yang mempunyai ciri-ciri al-Abrar, iaitu mereka yang melakukan kebaikan kerana Allah lalu diganjari dengan anugerah istimewa di akhirat kelak.
Mohd Radhi Ibrahim, Sarjana Muda Usuluddin (al-Azhar), Sarjana Usuluddin (Malaya), Doktor Falsafah (Edinburgh). Beliau ialah pensyarah di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia. Bidang pengkhususan beliau ialah Akidah dan Falsafah.