Pembangunan Lestari dari Perspektif Maqasid Syariah

RM35.00
9789834949129
3 item(s)
+

Pembangunan Lestari dari Perspektif Maqasid Syariah

Author: Abdul Basir Mohamad
Publisher : Dewan Bahasa Pustaka
ISBN: 9789834949129
Weight: gsm
Page: m/s
Year: 2025
Price: RM35

Perbincangan buku ini berkisar pelbagai tajuk yang ada hubung kait dengan pemeliharaan dan penjagaan alam sekitar berlandaskan maqasid syariah. Konsep maqasid syariah, kelestarian dan maslahah diterangkan dengan jelas. Disenaraikan tujuh prinsip pemeliharaan alam sekitar yang terkandung dalam ajaran Islam berserta tafsiran ayat al-Quran yang menjadi dalil larangan merosakkan alam sekitar.

Perbincangan ini disokong dengan penetapan undang-undang berkaitan dengan pencemaran alam sekitar yang merangkumi air, udara, sampah dan bunyi. Lebih menarik lagi, penulis menghubungkan ekologi dengan ilmu-ilmu Islam, antaranya termasuk ilmu tauhid, fiqah dan tasawuf.

Seterusnya, menyatakan hubungan pemeliharaan alam sekitar dengan perlindungan hima (tanah simpan) dan haiwan. Akhirnya, perkara yang penting ialah hubungan manusia dengan alam sekitar, iaitu manusia sebagai pemimpin, manakala alam sebagai wahana mengenal Allah SWT, tempat beribadat, mencari rezeki dan berinovasi.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI