Pembangunan Lestari Di Malaysia: Harapan Dan Kenyataan
Author/Penyelenggara: Chamhuri Siwar, Rospidah Ghazali, Sharina Abdul Halim
Publisher: Dewan Bahasa Pustaka
ISBN: 9789834619985
Weight: 500g
Pages: 504
Year: 2014
Price: RM50
Secara umum, pembangunan lestari ditakrifkan sebagai pembangunan yang memenuhi keperluan masa kini tanpa mengkompromikan keupayaan generasi akan datang untuk memenuhi keperluan mereka. Pembangunan lestari menggabungkan kelestarian ekonomi, masyarakat, dan alam sekitar dengan pembasmian kemiskinan dan kesaksamaan agihan pendapatan sebagai salah satu matlamat utama yang penting. Namun, petunjuk dan bukti empiris menunjukkan bahawa pembangunan lestari masih jauh lagi untuk dicapai. Pencemaran, kepupusan sumber, degradasi alam sekitar, peningkatan sisa, kemiskinan, penurunan kualiti hidup dan sebagainya terus mengancam kelestarian alam sekitar dan kehidupan. Buku ini menyorot isu dan persoalan mengenai pembangunan dan alam sekitar, terutama yang berkaitan dengan persoalan kelestarian pembangunan. Ciri menarik buku ini ialah kepelbagaian bahan yang terkumpul menerusi kajian-kajian yang meliputi aspek pengurusan dan kelestarian alam sekitar, ekonomi, sosial, dan kehidupan lestari serta dasar dan tadbir urus tadbir kelestarian. Bahan-bahan tersebut mengumpulkan pengalaman kajian lapangan dalam berbagai-bagai bidang yang sangat berguna sebagai rujukan kepada penyelidik dan pelajar pengajian tinggi dalam bidang kelestarian. Buku ini turut dipersembahkan dalam bentuk umum yang mdah diikuti dan difahami oleh masyarakat dan pembaca umum.