Pembangunan Usahawan Sosial Di Malaysia
Author: Norizan Abdul Razak
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789674126179
Weight: 0.235 kg
Pages: 148pp
Year: 2018
Price: RM25
Buku ini menyediakan sembilan bab berkaitan dengan penyelidikan pembangunan usahawan sosial yang menggunakan teknologi untuk memasarkan produk dan perkhidmatan. Ia merangkumi definasi usahawan sosial dari kaca mata penyelidik UKM dan teori-teori yang berkait serta usaha-usaha pembangunan usahawan sosial di beberapa kawasan di tanah air Malaysia. Usaha-usaha ini boleh diaplikasikan dan dijadikan panduan untuk usahawan yang sebenar. Mereka sepatutnya membantu dan menyelesaikan masalah setempat, memberi peluang dan meningkatkan sasaran ekonomi tanpa memikir keuntungan diri sendiri. Ini adalah susunan untuk para penyelidik, pelajar, para akademik dan usahawan industri kecil dan sederhana. Semoga buku ini memberi manfaat kepada pembaca.