Pembelajaran Sains Berasaskan Projek Berkos Rendah

RM40.00
9786297547107
1 item(s)
+

Pembelajaran Sains Berasaskan Projek Berkos Rendah

Author: Yennita, Ruhizan M.Yasin, Zanaton Hj. Iksan
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786297547107
Weight: 0.272
Pages: 179pp
Year: 2022
Price: RM40.00

Sains atau lImu Pengetahuan Alam (IPA) adalah ilmu berkaitan dengan alam dan bagaimana untuk mencari pengetahuan tentang alam secara sistematik, sains bukan sahaja sekumpulan pengetahuan yang berisi fakta, konsep atau prinsip, tetapi merupakan suatu proses penerokaan, menerapkan pengetahuan dan kemahiran bagi menemukan jalan penyelesaian bagi masalah sekeliling.

Dalam proses ini, pendekatan inkuiri merupakan suatu pendekatan yang bersesuaian dalam mempelajari sains. Salah satu pengajaran yang bersifat inkuiri ialah Pembelajaran Berasaskan Projek (PjBP). Penerapan pembelajaran berasaskan projek sukar dilaksanakan kerana adanya faktor sosioekonomi pelajar, yang mana dalam pelaksanaannya tentu akan memerlukan peralatan dan bahan. Untuk mengatasi hal ini maka bahan berkos rendah yang mudah diperoleh di persekitaran dapat dijadikan alternatif bahan sains untuk keperluan projek, seperti bekas botol minuman, plastik, potongan selipar, bat, dan lain-lain. Setiap bahan yang digunakan tentu sahaja boleh disesuaikan dengan topik pembelajaran yang dipelajari.

Dalam buku ini, penggunaan bahan berkos rendah dibincangkan dan mengambil peranan penting dalam melaksanakan pembelajaran berasaskan projek semasa mengajar dan belajar sains. Buku in dilengkapi dengan modul guru dan modul pelajar sehingga memudahkan pembaca dalam memahami dan mengaplikasikannya. Keuntungan daripada bahan berkos rendah dan peralatan tempatan yang diguna pakai dengan harga yang murah, mudah dibina dan diperbaiki, sesuai dengan kurikulum, isi kandungan dan fleksibel untuk diadaptasikan untuk topik baharu dalam kurikulum. Perbandingan harga yang rendah dengan penghasilan bahan yang standard menjadikan bahan berkos rendah ini sesuai dijadikan bahan alternatif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran sains. Isi perbincangan ini menjadikan buku in amat sesuai dijadikan rujukan kepada guru, pelajar dan sesiapa sahaja yang berminat untuk belajar sains secara sendiri dan di mana sahaja.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI