Pembelajaran Sepanjang Hayat
Author: Zamri Mahamod, Jamalul Lail Abdul Wahab & Anita Abdul Rahman
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672388340
Pages: 439pp
Weight: 0.553kg
Year: 2019
Price: RM 60.00
Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) merupakan aktiviti pembelajaran yang dilaksanakan sepanjang kehidupan dengan tujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi dalam perspektif peribadi, sivik, sosial, pekerjaan dan sebagainya. PSH memberi peluang kepada semua individu untuk menimba sebanyak mungkin kemahiran, pengetahuan dan kompetensi yang hanya boleh diperoleh melalui kursus, bengkel, seminar dan lain-lain.
PSH boleh diperoleh melalui pelbagai cara bagi mereka yang berkeinginan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi. Elemen dan konsep dalam PSH seperti pendidikan untuk semua, pendidikan dan globalisasi, globalisasi dan implikasinya terhadap sistem pendidikan negara, pelajar dan penghayatan nilai, penerapan budaya kebahagiaan, kasih sayang dan hormat-menghormati, mentransformasikan sistem pendidikan negara, jati diri dan pembangunan negara, pembelajaran abad ke-21 dan implikasinya kepada sistem pendidikan negara, Revolusi Industri 4.0 dan implikasinya kepada sistem pendidikan negara dan lain-lain dapat membantu khalayak pembaca, terutamanya dalam kalangan pendidik dan pelajar untuk memahami akan kepentingan PSH.
Buku ini amat sesuai dijadikan bahan rujukan kepada guru, bakal guru, pendidik quru di Universiti Awam dan Institut Pendidikan Guru untuk memahami dan mengaplikasikan konsep PSH dalam kehidupan mereka. Maklumat dalam buku ini dapat dijadikan panduan kepada khalayak pembaca untuk memahami dan menganalisis setiap isu yang dibangkitkan dalam konteks PSH.