Pembendungan Perkahwinan Kanak-Kanak

RM40.00
9789672514794
5 item(s)
+

Pembendungan Perkahwinan Kanak-Kanak

Editor: Mohd Al Adib Samuri
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672514794
Weight: 0.34kg
Pages: 218pp
Year: 2021
Price: RM40

Perkahwinan kanak-kanak dilihat oleh komuniti antarabangsa sebagai suatu pelanggaran hak kanak-kanak seperti hak perlindungan, hak pendidikan, hak untuk berkembang dan hak kesihatan. Usaha pembendungan perkahwinan kanak-kanak telah dijalankan oleh pihak kerajaan dan pertubuhan masyarakat sivil demi menjaga kepentingan terbaik kanak-kanak, perkembangan diri dan menjamin masa depan kanak-kanak. Sehubungan itu, buku ini menjadi bacaan asas kepada semua pihak berkepentingan yang memperjuangkan isu ini juga untuk mereka yang ingin memahami isu ini dengan lebih baik, terutamanya dalam konteks Malaysia dan Islam. Buku ini menyorot pelbagai topik berkaitan perkahwinan kanak-kanak dari aspek undang-undang antarabangsa, hak asasi, undang-undang domestik, dan undang-undang Islam. Buku ini ditulis untuk meyakinkan semua pihak bahawa perkahwinan kanak-kanak perlu dibendung demi kesejahteraan hidup dan kepentingan terbaik kanak-kanak. Buku ini sesuai dirujuk dan diwacanakan oleh pemegang taruh, pengamal undang-undang, agamawan dan masyarakat bagi memahami perkahwinan kanak-kanak dalam konteks Malaysia dan Islam kontemporari.

MOHD AL ADIB SAMURI, PhD. Profesor Madya di Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian Islam dan Felo Bersekutu di Institut Islam Hadhari (HADHARI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau adalah seorang penyelidik dalam bidang hak asasi dan Islam, terutamanya hak kanak-kanak dan hak beragama.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI