Pemberdayaan Jaringan Strategik Ummah: Melakar Kecemerlangan Masa Hadapan
Editor: Baharom Kassim, Abd Karim Ali, Mustaffa Abdullah & Nor 'Azzah Kamri
Publisher: Persatuan Ulama Malaysia
ISBN: 9789832306429
Weight:
Year: 2020
Page: 474pp
Price : RM40
Pemberdayaan jaringan strategik menjadi satu cabaran kepada semua pihak berkepentingan. Ia perlu disemarakkan secara sinergi supaya memberikan dampak yang lebih terserlah. Jika organisasi atau NGO yang wujud di dalam negara ini dibiarkan "bercanggahan sesama sendiri, lesu, tidak berdaya saing, serta tidak kompeten" untuk berperanan dengan efektif, sudah pasti sedikit sebanyak akan mengurangkan serta merobek kepercayaan umum kepada mereka. Malah juga dibimbangi berpotensi mengikis keyakinan terhadap kerja-kerja Islam yang ada secara keseluruhan. Apatah lagi kita sering berhadapan dengan pelbagai kelemahan, kekurangan, ketidakmampuan dan kelompangan dari mana-mana pihak yang tidak membina jaringan strategik. Kekurangan dan kelompangan inilah yang perlu kita atasi dari jaringan strategik yang dimaksudkan. Lebih-lebih lagi untuk memberikan suntikan nilai tambah keberkesanan kerja yang kompeten dari semasa ke semasa.