Pembiayaan & Pembangunan Wakaf Dalam Melestarikan Ekonomi Ummah: Cabaran Dan Prospek Masa Hadapan
Author: Mohammad Haji Alias, Fuadah Johari, Asma Abdul Rahman, Dayang Waiduri, Mohammad Ali, Dayang Rosni @ Aisyah Radhiah Gani
Publisher: USIM Press
ISBN: 9789674402617
Pages: 232
Year: 2016
Weight:
Price: RM35
Buku himpunan artikel ini diterbitkan bagi memberi kefahaman secara asas kepada amalan berwakaf di Malaysia dan Brunei Darussalam. Sebanyak 11 artikel telah dimuatkan dalam buku ini yang membincangkan mengenai konsep dan perlaksanaan pembiayaan dan pembangunan wakaf dalam melestarikan ekonomi ummah serta cabaran semasa dan masa hadapan institusi ini. Selain itu, buku ini juga menerangkan dengan terperinci mengenai kategori wakaf di Malaysia dan Brunei seperti wakaf am, wakaf khas, wakaf tunai, wakaf takaful dan wakaf korporat. Pembaca juga pasti tertarik untuk mengetahui mengenai pembangunan tanah dan hotel-hotel wakaf di Malaysia seperti Hotel Klana Beach Resort, Port Dickson. Diharapkan penerbitan buku ini dapat memberikan gambaran sebenar amalan berwakaf di Malaysia dan Brunei serta di dunia Islam.