Pembinaan Rumah Kediaman Menurut Perspektif Islam
Author: Azman Ab Rahman, Zahari Mahad Musa
Publisher: USIM Press
ISBN: 9789674403447
Weight:
Pages: 158 pp
Year: 2017
Price: RM35
Pembinaan sesebuah rumah kediaman perlu dilihat daripada pelbagai sudut agar dapat memenuhi keperluan hidup serta mematuhi kehendak Syarak. Buku “Pembinaan Rumah Kediaman Menurut Perspektif Islam” merupakan sebuah penulisan ilmiah yang menyediakan panduan pembinaan rumah kediaman melalui pendekatan Islam dan teknologi kejuruteraan. Buku ini adalah usaha murni yang dilakukan oleh pensyarah USIM khususnya dari Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Fakulti Syariah dan Undang-undang serta Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah dalam menerapkan integrasi ilmu naqli dan aqli dalam pembinaan rumah kediaman.
Penerangan mengenai prinsip rumah kediaman dalam Islam dan ciri-ciri yang ada turut dikupas dengan terperinci seperti aspek keselamatan, privasi, pencahayaan dan sebagainya. Penjelasan berkaitan aspek-aspek tersebut disinergikan antara pandangan Islam melalui al-Quran dan hadis serta pendekatan teknologi kejuruteraan. Hasil integrasi antara ilmu naqli dan aqli yang diterjemahkan dalam buku ini diharapkan dapat menjadi panduan dan rujukan kepada semua pihak terutamanya mereka yang bergiat secara langsung dalam sektor pembangunan dan pembinaan rumah kediaman di Malaysia khususnya dan di dunia amnya.