Pembinaan Tamadun Bangsa di Era Pasca Pandemik Cabaran dan Harapan

RM38.00
9789672989936
1 item(s)
+

Pembinaan Tamadun Bangsa di Era Pasca Pandemik Cabaran dan Harapan

Author: Ratna Roshida Ab Razak
Publisher: UPM Press
ISBN: 9789672989936
Page: 156 m/s
Year: 2022
Price: RM38

Buku ini merupakan koleksi tulisan Ratna Roshida Ab Razak yang telah diterbitkan dalam akhbar dan majalah. Perbincangan utama buku ini banyak berkisar tentang cabaran yang perlu dihadapi oleh bangsa Melayu dalam proses pembinaan tamadun Malaysia khususnya di era pasca pandemic COVID-19 ini. Pelbagai aspek dan masalah cuba disentuh untuk dirungkai dan dicari jalan penyelesaiannya. Buku ini dianggap penting kerana ia menyediakan panduan atau manual bagaimana untuk memaknakan kehidupan yang sementara ini dengan terbaik dan menjadikan setiap individu dari rakyat Malaysia sebagai asset dan pemain utama dalam pembinaan tamadun Malaysia. Buku ini boleh menarik para pembaca yang ingin melakukan pembangunan diri agar menjadi seorang warganegara yang mampu menggunakan kehidupan yang dianugerahkan Tuhan dengan terbaik. Tulisan yang dikongsikan dalam buku ini merupakan usaha ke arah pembinaan sikap dan perilaku yang bertitik tolak dari nilai murni yang didukung dan cara berfikir yang kritis dan kreatif dalam kalangan bangsa Melayu, terutama dari golongan muda yang masih mempunyai ruang pembentukan sikap yang cukup luas. Hal ini amat penting bagi mengubah nasib bangsa Melayu agar bangs akita terus kekal relevan dalam pembangunan negara dan Berjaya berdepan dengan kepincangan dan kebejatan yang boleh menggugat apa jua usaha ke arah itu.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI