Pembubaran Perkahwinan, Nusyuz dan Idah di Mahkamah Syariah

RM68.00
978-967-488-205-1
2 item(s)
+

Pembubaran Perkahwinan, Nusyuz dan Idah di Mahkamah Syariah

Editor: Roziana Mat Amin Mohd Norhusairi Mat Hussin Raihanah Abdullah
Publisher: UM Press
ISBN: 978-967-488-205-1
Weight: 
Pages: 
Year: 2022
Price: RM68

Senario pembubaran perkahwinan di Malaysia
Isteri nusyuz, suami nusyuz
Memperincikan 10 jenis pembubaran perkahwinan
Tindakan mal dan jenayah bagi nusyuz
Prosiding lengkap pembubaran perkahwinan di Mahkamah Syariah
Idah dan idah lelaki
Borang dan dokumen bagi setiap prosiding
Setiap topik disertakan dalil al-Quran, al-Hadis, pandangan ulama, Akta/Enakmen dan kes berkaitan
 

____________________________________

Alhamdulillah, kupasan buku ini melengkapi segenap aspek berkaitan pembubaran perkahwinan. Isu-isu menarik seperti hak wanita untuk membubarkan perkahwinan, kesalahan berhubung perceraian, kesan ketiadaan tandatangan pada lafaz taklik, permohonan fasakh oleh suami, konflik bidang kuasa, definisi ‘pukulan’ apabila isteri nusyuz, idah muasyarah dan idah lelaki merupakan antara inti pati yang perlu diketahui oleh segenap lapisan masyarakat.
Prosiding kes pembubaran perkahwinan juga dihuraikan secara satu persatu menurut amalan praktikal di Mahkamah dapat membantu masyarakat, para penuntut, pengamal undang-undang dan ahli akademik untuk memahami dengan lebih tuntas tatacara di Mahkamah Syariah. Saya percaya hasrat untuk melahirkan insan, keluarga dan institusi rabbani akan dapat direalisasikan dengan kewujudan masyarakat yang celik hukum syarak dan memahami undang-undang.

YAA DATO’ SETIA DR. HJ MOHD. NA’IM HJ MOKHTAR
Ketua Hakim Syarie/Ketua Pengarah
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

Aspek nusyuz yang dibincangkan amat penting untuk diketahui oleh masyarakat terutamanya apabila nusyuz sering dijadikan ‘senjata’ di Mahkamah tanpa wujudnya justifikasi yang munasabah, sekali gus melambatkan proses penyelesaian kes. Begitu juga isu berkenaan idah diperincikan dengan baik terutamanya apabila kes perceraian di luar Mahkamah masih menjadi amalan masyarakat di Malaysia yang kadangkala menimbulkan kekeliruan terhadap konsep beridah.
Perbincangan dengan bahasa yang mudah difahami dan disokong dengan dalil daripada al-Quran, al-Hadis dan pandangan ulama yang diolah dengan pemakaian Akta/Enakmen, kes dan borang-borang di Mahkamah memberikan kelainan dan kekuatan kepada buku ini berbanding buku-buku yang terdapat di pasaran.

PROF. DR. NAJIBAH MOHD ZIN
Universiti Islam Antarabangsa.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI