Pemikiran Dakwah Ali Hasjmy
Author: Shabuddin Gade, Mohd
Syukri Yeoh Abdullah & Salmah Haji Ahmad
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789674120924
Weight: 0.100 kg
Pages: 98 pp
Price: RM25
Buku ini adalah sebahagian daripada warisan pemikiran ulama Melayu pada abad ke-20. Ali Hasjmy adalah tokoh pendakwah, seorang sasterawan, politikus, ulama dan umara serta seorang tokoh hebat Aceh yang mengetengahkan aspek makna, hukum dan system dakwah yang berguna kepada sesiapa sahaja yang ingin mendalami warisan pemikiran dakwah dan pendidikan oleh Ali Hasjmy di Naggroe Aceh Darussalam, Indonesia. Beberapa aspek tokoh yang diperhalusi seperti keperibadian, pemikiran (pandangan), dan salsilah hidup yang diteliti dari sudut etimologi dan terminologi. Pemikiran Dakwah Ali Hasjmy ini bukan hanya berfokuskan kepada pandangan beliau daripada karya yang terhad, tetapi mengambil kira pandangan dari pelbagai karyanya yang merangkumi beberapa aspek dakwah, iaitu pelaku dakwah, sasaran, pesan, matlamat, metode, dan media dakwah. Perbahasan mengenai aspek tersebut pasti memperoleh pandangan yang komprehensif mengenai pemikiran dakwah Ali Hasjmy yang cukup sebati dengan diri beliau di samping memiliki hampir 60 karya tulisan untuk ditelusuri dari pelbagai bentuk sama ada media lisan mahu pun tulisan.