Pemikiran Islam: Aliran & Gagasan

RM35.00
9789835208386
4 item(s)
+

Pemikiran Islam: Aliran & Gagasan

Author: Ramli Awang
Publisher: UTM Press
ISBN: 9789835208386
Weight: 
Pages: 222pp
Year: 2012
Price: RM35

Perbincangan yang dikemukakan dalam buku ini mendedahkan kepada pembaca berkenaan tasawwur sebenar pemikiran Islam dan aliran pemikiran utama yang ada dalam kalangan umat Islam pada zaman ini. Konsep tazkiyyah serta tasfiyyah dalam pemikiran diketengahkan penulis. Sebarang corak pemikiran yang tidak diasaskan di atas dasar tersebut akan gagal memupuk modal insan yang diberi amanah sebagai khalifah di bumi ini. Turut dibincangkan dalam buku ini adalah penjelasan al–Quran tentang akal dan konsepnya serta pemikiran umat Islam pada masa kini antara kesamaran dan realiti. Tidak terkecuali penulis juga memperkatakan perihal pentingnya pemikiran dahwah yang digiatkan usahanya dalam kalangan umat Islam bagi mengembalikan semula kegemilangan pemikiran Islam. Selain daripada itu, pembaca turut didedahkan dengan bahaya keracunan pemikiran kepada umat Islam. Buku ini sesuai untuk tatapan seluruh peringkat masyarakat Islam khususnya mereka yang ingin mendalami aspek penting dalam pemikiran Islam.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI