Pemikiran Politik Islam Dalam Sejarah Persuratan Alam Melayu
Author: Auni Haji Abdullah
Publisher:
UM Press
ISBN: 978-983-100-827-0
Year: 2015
Weight: 0.200 kg
Price: RM58
Buku ini mengetengahkan kajian yang cuba menggali khazanah persuratan Melayu dengan memberikan fokus secara khususnya kepada buah pemikiran Islam yang berkaitan dengan politik dan pemerintahan yang pernah dihasilkan para ulama dan cendekiawan Alam Melayu. Karya seumpama ini tidak begitu terserlah selama ini kerana ‘tersembunyi’ dalam timbunan kajian dan khazanah sejarah kesusasteraan Melayu klasik. Karya ini mendedahkan kepada pembaca aspek pemikiran politik dan pemerintahan Islam dengan menghadam dan memperhalusi jejak pemikiran tujuh orang ulama dan cendekiawan Alam Melayu berpandukan karya-karya mereka. Sesungguhnya kemunculan agama Islam yang telah merombak ekologi politik Alam Melayu bukan hanya sekadar mengubah struktur dan institusi pemerintahan malahan juga mencorakkan falsafah dan pemikiran politik yang mencerna sikap, pandangan dan pegangan hidup dalam berpolitik dan bernegara. Sumbangan pemikiran tokoh ulama tersebut menjadi titik-tolak arus perubahan yang kemudiannya merombak paksi dan kiblat nilai-nilai politik dan pemerintahan. Pemikiran ketujuh-tujuh tokoh ulama ini menjurus kepada usaha menerapkan nilai-nilai ajaran Islam ke dalam amalan pemerintahan dan pentadbiran negeri seterusnya mencorakkan sistem, struktur dan institusi pemerintahan. Diharapkan kajian ini juga dapat membuka minda masyarakat pembaca yang berminat ingin menggali warisan pengurusan daripada khazanah persuratan kerana banyak aspek pemikirannya adalah idea dan persoalan yang masih relevan dengan zaman sekarang dan banyak menyangkuti aspek ilmu pengurusan moden.