Pemikiran Politik, Kolonialisme dan Nasionalisme di Malaysia: Esei-esei Penghargaan kepada Abdul Rahman Haji Ismail
Editor: Azmi Arifin
Publisher: USM
ISBN: 9789674619879
Weight: 0.4 kg
Pages: 220 m/s
Year: 2025
Price: RM44
Buku Pemikiran Politik, Kolonialisme dan Nasionalisme di Malaysia: Esei-esei Penghargaan kepada Abdul Rahman Haji Ismail menghimpunkan beberapa esei yang menyentuh tentang sejarah kolonialisme, nasionalisme, perjuangan politik, kemerdekaan, dan pilihan raya di Malaysia dalam satu cakupan yang luas. Buku ini berfokus kepada penjelasan tentang peranan utama yang dimainkan oleh pelbagai kelompok politik dan nasionalis, dari penggerak perjuangan anticandu hinggalah ke peranan wanita dalam kegiatan politik dan pilihan raya. Penyumbang-penyumbang bab dalam buku ini merupakan ahli sejarah, penyelidik, pakar, dan pengkaji yang terkenal dalam bidang masing-masing. Setiap penyumbang berusaha sedaya upaya dalam meneroka serta menyampaikan suatu perspektif baharu tentang beberapa sudut sejarah politik dan nasionalisme di Malaysia, yang mungkin telah dibicarakan tetapi memerlukan pentafsiran semula, atau isu-isu yang tidak pernah ditimbulkan atau dibincangkan sebelum ini. Pandangan mereka disokong oleh hujah-hujah dan penemuan bukti-bukti terbaharu yang memungkinkan sejarah politik Malaysia dapat diberi suatu tafsiran semula yang lebih kukuh dan menyeluruh. Buku ini amat sesuai digunakan sebagai bahan bacaan dan rujukan para pelajar, pendidik, pengkaji sejarah, ahli politik, dan sesiapa sahaja yang berminat mendalami sejarah perjuangan politik dan nasionalisme di Malaysia hingga ke hari ini.