Pemikiran Sastera Islam Mengikut Pandangan Sarjana Arab

RM28.00
978-967-440-632-5
2 item(s)
+

Pemikiran Sastera Islam Mengikut Pandangan Sarjana Arab

Author:Rosni Samah, Asiah Isahak

Publisher: USIM Press

ISBN: 978-967-440-632-5

Weight:

Pages: 82

Year: 2019

Price : RM28


Sastera Islam moden merupakan arus sastera yang muncul pada zaman moden ini hasil daripada gema pergerakan Islam yang ingin menjadikannya sebagai wadah dakwah untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat. Sayyed Qutub merupakan tokoh sarjana Arab yang membicarakan tentang sastera Islam dan menggariskan definisinya. Kemudian diikuti oleh saudaranya Muhamad Qutub yang turut menghurai definisi dan dimensinya. Selepas itu muncullah sarjana dan sasterawan Arab yang telah membincangkannya dengan lebih terperinci. Ia memfokuskan kemunculan pemikiran dan tema sastera Islam sejak dari zaman permulaan Islam dan kemunculannya dalam zaman moden ini dengan mengemukakan definisi yang dikehendaki. Turut dikemukakan ciri-ciri sastera Islam dan contoh genre sastera Islam yang boleh dijadikan panduan.


Profil Penulis

Dr Rosni bin Samah ialah seorang Profesor bahasa Arab di Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia. Memperolehi Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Al-Azhar, Sarjana dan PhD dari Universiti Kaherah Mesir dalam bidang pengajian sastera bandingan. Beliau banyak menulis buku dan artikel jurnal tentang sastera bandingan khususnya pengaruh Arab dalam perkembangan sastera Melayu dan juga tentang pengajaran bahasa Arab sebagai bahasa Asing.

Dr.Aishah bt Ishak ialah pensyarah kanan di Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia. Mendapat PhD dari Universiti Yarmourk, Jordan dalam bidang sastera bandingan khususnya sastera sufi.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI