Pemikiran Tasawwuf Sunan Bonan (1450-1525M)

RM50.00
9789672422297
4 item(s)
+

Pemikiran Tasawwuf Sunan Bonan (1450-1525M)

Author: Metsra Wirman
Publisher: Rihla Media
ISBN : 9789672422297
Year: 2022
Weight:
Pages: 218
Price : RM50

Sunan Bonang merupakan salah satu di antara ‘Wali Allāh yang Sembilan’ (Wali Songo) yang mempelopori Islamisasi di tanah Jawa. Walaupun terdapat banyak kajian dan tulisan tentang Wali Songo oleh sarjana orientalis seperti Schrieke (m. 1945M), Kraemer (m. 1965M), Drewes (m. 1992M) dan beberapa sarjana tempatan, namun kajian mengenai taṣawwufnya Sunan Bonang sangat sedikit. Bahkan, yang sedikit itu pun telah gagal memahami dan menggambarkan ajaran tasawwuf Sunan Bonang dan Wali Songo secara umum, sehingga menatijahkan pandangan yang keliru dan menisbatkan kepada fahaman Manunggaling Kawula Gusti (Panteisme & Monisme). 

Justeru, Sunan Bonang ialah tokoh yang telah berusaha meluruskan kesilapan aliran kebatinan yang menyamaratakan faham waḥdat al-wujūd dengan faham Manunggaling Kawula Gusti pada zamannya. 

Karya yang ada di tangan anda ini merupakan hasil daripada satu kajian penting dan lengkap terhadap karya taṣawwuf Sunan Bonang yang bertajuk Suluk Wujil.

 Dengan merujuk kepada enam buah manuskrip yang berjaya dijumpai, karya ini juga bertujuan untuk mengkaji semula sejarah Sunan Bonang, mengenal pasti kesilapan terjemahan, mengemukakan terjemahan yang tepat, juga menganalisa terjemahan terhadap karya Suluk Wujil tersebut.


Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI