​Pemilikan Rumah: Realiti dan Cabaran

Contact us for a price
9789832718598
2 item(s)

Pemilikan Rumah: Realiti dan Cabaran

Editor: Nor Hartini Saari

Publisher: IKIM Press

ISBN: 978 983 2718 598

Weight: 250g

Pages:

Year: 2018

Price : 25.00


Isu pemilikan rumah sentiasa diletakkan sebagai agenda tertinggi negara demi kesejahteraan rakyatnya. Apatah lagi pemilikan rumah merupakan antara isu keperluan ekonomi golongan muda kini. Dengan memiliki rumah bermakna golongan ini telah berjaya mengumpul aset hartanah mereka. Bahkan memiliki rumah adalah satu impian golongan muda. Namun begitu, sejauhmanakah impian ini akan tercapai sekiranya harga pasaran rumah melambung tinggi ekoran peningkatan nilai hartanah? Menurut satu kajian, negara kita menduduki tangga ke-15 dalam kalangan negara yang mencatatkan kenaikan harga rumah tertinggi pada suku pertama 2014. Kenaikan harga ini pasti memberi kesan kepada golongan muda untuk memiliki rumah sendiri sedangkan rumah merupakan keperluan asas. Memandangkan rumah merupakan keperluan asas dan mempunyai kaitan yang rapat dengan pemeliharaan matlamat syariah maka pemilikan rumah di negara ini penting diberi keutamaan. Justeru, buku ini membincangkan kepentingan pemilikan rumah dan pendekatan terbaik bagi memastikan golongan muda memiliki rumah serta beberapa panduan berkesan bagi memudahkan urusan pembelian dan seterusnya pemilikan rumah.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI