Pemugaran Sains Peradaban Dalam Kerangka Madani
Authors: Norshariani Abd Rahman, Zaid Hmad dan Izham Hakimi Redzan
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294864337
Tahun: 2025
Weight: 319 gsm
Pages: 209 ms
Price: RM35
Konsep pemugaran sains peradaban merujuk kepada usaha menyegarkan dan memperkukuhkan ilmu berkaitan ketamadunan yang mampu memberikan panduan bagi pembangunan sosial, ekonomi dan politik. Dalam era pascanormal yang dicirikan oleh ketidaktentuan dan ketidakstabilan, pemugaran ini menjadi satu asas penting bagi memastikan ilmu peradaban relevan dan mampu menawarkan solusi yang holistik dan berasaskan nilai-nilai kemanusiaan. Pemugaran Sains Peradaban dalam Kerangka Madani memberi panduan kepada masyarakat secara holistik dan seimbang yang mampu menangani perubahan serta cabaran dunia moden yang kurang menitikberatkan nilai asas, moral dan kemanusiaan. Justeru, model pembangunan masa depan ini tidak hanya menjamin kemakmuran ekonomi, tetapi juga memfokuskan kelestarian budaya, alam sekitar dan kesejahteraan individu dalam masyarakat.
NORSHARIANI ABD RAHMAN, PhD., Felo Penyelidik di Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).. Bidang kepakaran beliau adalah pendidikan alam sekitar dan pendidikan Sains. ZAID AHMAD, PhD., Profesor di Jabatan Sejarah dan Tamadun, UIAM. Bidang kepakaran bellau adalah falsafah dan kajian ketamadunan. IZHAM HAKIMI REDZAN, PhD., Felo Penyelidik di Institut Islam Hadhari, UKM. Penyelidikan bellau berfokus kepada kajian manuskrip dalam bidang Pengajian Islam (Akidah-Fiqh-Tasawuf) khususnya di Barat dunia Islam.