​Pemulihan Terapeutik Remaja Hamil Luar Nikah

RM52.00
9789674880071
1 item(s)
+

Pemulihan Terapeutik Remaja Hamil Luar Nikah

Author/Editor: Siti Balqis Mohd Azam, Siti Hajar Abu Bakar Ah, Haris Abd Wahab

Publisher: UM Press

ISBN: 9789674880071

Weight: 300

Pages:

Year: 2018

Price: RM52


Pemulihan atau rehabilitasi merupakan salah satu teras penting bidang kerja sosial. Majoriti klien kerja sosial terdiri daripada individu yang mempunyai pelbagai masalah tingkah laku yang perlu dipulihkan semula agar dapat kembali semula bertingkah laku normal, selari dengan norma dan peraturan sosial yang telah ditetapkan. Salah satu daripada bentuk pemulihan yang kritikal adalah pemulihan terapeutik. Pemulihan terapeutik berkisar kepada serangkaian intervensi rawatan diri yang memberi penekanan kepada pembangunan dan pemerkasaan diri individu. Pendekatan ini menjadi elemen kepada keberkesanan pemulihan terapeutik dalam membantu memulihkan dan membina semula kehidupan kliennya, khususnya kanak-kanak yang berkonflik dengan undang-undang, norma dan pelbagai jangkaan masyarakat.

Buku ini membincangkan ciri-ciri pemulihan terapeutik berkesan untuk pemulihan berasaskan institusi bagi remaja perempuan yang terlibat dengan salah laku seks. Ciri-ciri dan komponen-komponen pemulihan terapeutik berkesan yang dibincangkan dalam buku ini mampu memberi satu landskap ilmu pengetahuan yang penting kepada para pengamal bidang kerja sosial yang ”bekerja” dengan remaja yang mempunyai masalah tingkah laku, para pelajar yang mengikuti bidang kerja sosial, organisasi dan agensi sukarela yang menguruskan program pemulihan untuk remaja bermasalah serta pihak-pihak berkepentingan yang terlibat dalam perawatan dan pemulihan tingkah laku kanak-kanak dan remaja.



JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI