​Pendekatan Dakwah Terhadap Banduan Di Malaysia

RM48.00
9789674880750
2 item(s)
+

Pendekatan Dakwah Terhadap Banduan Di Malaysia

Author: Ab. Aziz Mohd Zin et al.

Publisher: UM Press

ISBN: 9789674880750

Weight:

Pages:

Year: 2018

Price: RM48


Kehidupan sebagai banduan bukanlah mudah, terutama apabila

mereka keluar daripada penjara dan berhadapan dengan

masyarakat yang memiliki pelbagai persepsi negatif terhadap

mereka. Sebelum ke penjara pula, mereka hidup bebas mengejar

keduniaan dan menyelesaikan permasalahan hidup yang pelbagai sehingga tiada masa untuk mengingati tujuan kehidupannya sebagai Muslim. Akibat tidak SABAR menghadapi mehnah kehidupan serta lalai terhadap tanggungjawab kepada Allah yang Maha Pencipta, mereka melakukan kesilapan sehingga terjerumus ke lembah jenayah dan dipenjarakan. Namun, apabila tinggal di penjara, kehidupan mereka mula berubah. Disiplin dan peraturan menjadi akuran hidup. Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama para agamawan intelek universiti tempatan telah membangunkan modul khas untuk

dijadikan panduan para guru agama penjara melebarkan sayap

dakwah mengembalikan fitrah mereka sebagai muslim. Sepanjang menjalani hidup dengan program keagamaan, mereka membina kekuatan belajar cara hidup beragama bermula dari awal pagi hingga malam. Kehidupan mereka penuh dengan pengisian ibadah dan ilmu, sehingga ada banduan yang mampu menghafaz al-Quran dan membaca al-Quran secara bertarannum. Buku ini merupakan hasil kajian yang melihat penerimaan banduan terhadap program keagamaan dalam modul halaqah dan bagaimana program tersebut membina kendiri banduan, terutama banduan wanita. Semoga buku

ini bermanfaat untuk para pendakwah, pengkaji dan individu yang meminati keluasan ilmu terutama memahami pendekatan dakwah terhadap banduan.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI