Pendekatan Motivasi Dalam Kehidupan Beragama Remaja

RM35.00
9789672518372
5 item(s)
+

Pendekatan Motivasi Dalam Kehidupan Beragama Remaja

Author: Mohamed Hamdan Abdullah, Fariza Md Sham & A'dawiyah Ismail
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672518372
Weight: 0.266 kg
Pages: 169pp
Year: 2022
Price: RM35

Agama adalah suatu kepercayaan dan keyakinan individu yang memenuhi kehidupan dari aspek spiritual dan rohani. Setiap agama pula mempunyai suatu set ajaran yang telah diperakui dan disahkan oleh penganut mereka dengan merujuk kepada kitab suci agama masing-masing. Dalam konteks masyarakat Muslim, agama Islam menjadi pegangan dan keyakinan masyarakat sejak nabi pertama yang diutuskan iaitu Nabi Adam AS hingga nabi terakhir iaitu Nabi Muhammad SAW Segala ajarannya adalah termaktub dalam kitab suci iaitu al-Quran. Golongan remaja yang merupakan generasi muda adalah kumpulan yang menjadi perhatian ibu bapa, guru dan negara dalam penerapan ajaran agama Islam untuk diamalkan. Ini kerana mereka adalah golongan yang berpotensi untuk berjaya, namun dalam waktu yang sama mempunyai cabaran hidup yang getr sekiranya tidak diberi bimbingan dan motivasi dalam menuju ke arah kehidupan yang beragama. Salah satu pendekatan dakwah yang sesuai dengan golongan remaja adalah melalui pendekatan motivasi. Motivasi adalah suatu daya penggerak atau dorongan untuk memenuhi pelbagai keperluan hidup individu termasuk golongan remaja seperti keperluan dari aspek jasmani, rohani, spiritual/agama dan fisiologi. Perspektif dakwah dan konsep motivasi ini mempunyai persamaan dengan pendekatan dakwah al-targhib dan al-tarhib, iaitu suatu pendekatan yang mempunyai dorongan untuk membuat kebaikan dan meninggalkan melakukan keburukan atau kejahatan.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI