​Penderaan Seksual Kanak-Kanak

RM35.00
9789674122935
2 item(s)
+

Penderaan Seksual Kanak-Kanak

Author : Rosanida Anang, Norhayati Ibrahim, Fatimah Yusooff & Nor Ba'yah Abdul Kadir

Publisher: UKM Press

ISBN : 9789674122935

Pages: 162 pp

Weight :

Year: 2015

Price : RM 35

Penderaan seksual kanak-kanak bukan satu fenomena baru, malah berlaku pada peringkat global. Kanak-kanak dan remaja adalah golongan yang paling mudah terdedah kepada jenayah seksual kerana mereka adalah golongan yang lemah, memerlukan bimbingan serta bergantung sepenuhnya kepada orang yang lebih dewasa. Masalah penderaan seksual kanak-kanak juga dianggap sebagai satu epidemik dan setiap kanak-kanak serta remaja berisiko untuk berhadapan dengan masalah tersebut. Berdasarkan jumlah kajian yang amat terhad oleh pengkaji tempatan, kefahaman terhadap impak psikologikal yang dialami mangsa sehingga menjejaskan kehidupan serta kesihatan mental tidak dapat difahami dengan jelas dan agak terbatas.

Secara tidak langsung ia tidak dapat memberikan gambaran kepada para profesional kesihatan mental khususnya bagi menangani kes ini dengan lebih sempurna dan berkesan terutama dalam usaha untuk merangka rawatan yang bersesuaian berdasarkan keperluan semasa. Justeru, buku ini mengupas beberapa aspek psikologi untuk mengenal pasti corak simptom trauma yang dialami mangsa penderaan seksual kanak-kanak intrakeluarga dan ekstrakeluarga yang mempengaruhi kehidupan mereka untuk jangka masa panjang. Buku ini juga mengupas perkaitan antara pertalian mangsa-pendera dengan simptom trauma di samping menentukan faktor-faktor yang boleh menyumbang kepada implikasi psikologi yang dialami mangsa.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI