Pendidikan Dewasa: Teori, Amalan Dan Hala Tuju
Author: Abdul Razzaq Ahmad
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672512431
Weight: 200g
Pages: 190
Year: 2021
Price: RM30
Buku Pendidikan Dewasa: Teori, Amalan dan Hala Tuju ini membincangkan tentang konsep dan teori berkaitan dengan pendidikan dewasa. Pendidikan dewasa merupakan satu bentuk pendidikan sepanjang hayat yang berasaskan pengalaman dan amalan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kehidupan orang dewasa secara berterusan. Pendekatan pengajaran androgagi adalah sangat sesuai dengan keperluan dan proses persekitaran pembelajaran orang dewasa kerana ianya bersifat luwes dan mesra pembelajaran. Buku ini juga turut menghuraikan perkembangan pembangunan pendidikan dewasa yang dilaksanakan oleh kementerian luar bandar di bawah agensi Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) terutamanya bagi program yang berkaitan dengan kemahiran yang berbentuk hard skills dan soft skills dalam kalangan komuniti orang dewasa luar bandar sejak sekian lama. Program ini telah banyak membantu meningkatkan sosioekonomi dalam kehidupan komuniti orang dewasa luar bandar. Isu-isu dan oerkembangan pendidikan dewasa dalam dan luar negara turut diperbincangkan bagi menjadikan asas dalam melestarikan kesejahteraan komuniti melalui pendidikan dewasa. Buku ini amat sesuai dijadikan bahan rujukan kepada pelbagai ilmuan dan pengajian tinggi serta kolej-kolej komuniti yang mempunyai program yang berkaitan dengan pendidikan sepanjang hayat khususnya bagi orang dewasa.
ABDUL RAZAQ AHMAD, Prof. Dato' Dr. ialah Profesor Sosiologi Pendidikan dan Pendidikan Sejarah di Fakulti Pendidikan, UKM. Beliau banyak menghasilkan jurnal dan buku berkaitan dengan kepakaran beliau serta bergerak aktif dalam aktiviti khidmat sosial komuniti luar bandar. Selain daripada itu, beliau juga adalah pengurus kepada Akademi Menara Gading, Yayasan Al-Sultan Abdullah yang mengendalikan program pembangunan pendidikan pelajar-pelajar miskin, anak yatim dan Orang Asli. Selain daripada itu, beliau juga terlibat aktif dalam pembangunan komuniti orang dewasa di kawasan luar bandar khususnya di negeri Pahang