​Pendidikan Sains Berteraskan Tauhid

RM30.00
9789674122089
Out of stock

Pendidikan Sains Berteraskan Tauhid

Author: Khalijah Mohd. Salleh

Publisher: UKM Press

ISBN: 9789674122089

Pages: 79pp

Year: 2014

Weight:

Price: RM30

Pendidikan adalah asas dalam kehidupan manusia. Ruang lingkup pendidikan adalah luas, seluas usaha untuk menggilap setiap unsure potensi insane. Sains adalah pengetahuan yang berhubung dengan pemahaman seseorang tentang tabii alam. Salah satu unsur pendidikan adalah membolehkan manusia memahami tabii alam dan mengambil berat manfaat daripadanya. Tetapi dalam sains tabii seperti yang dianjurkan oleh sarjana Barat, pengetahuan tentang Tuhan tidak diambil kira, sebab sains dianggap bebas dari sebarang nilai budaya atau agama. Dalam Islam, al-Quran adalah sumber segala ilmu pengetahuan termasuk pengetahuan sains dan teknologi. Namun al-Quran bukanlah buku sains yang menerangkan segala fakta saintifik secara terperinci. Namun prinsip utama dan dasar kepada fenomena alam tabii dinyatakan dengan jelas dan terang, serta dalam banyak ayat-ayat al-Quran. Yang nyata Pendidikan Sains Tauhidik adalah pendidikan sains yang tidak mengabaikan tuhan dalam setiap aspek tinjauan saintifiknya, malah atas nama tuhanlah, penerokaan sains dan teknologi dilakukan. Dengan demikian Pendidikan Sains Tauhidik akan menghasilkan insan yang lebih bertanggungjawab dengan tuhannyalah, sains dan teknologi dibangunkan. Pendekatan ini amat berbeza dengan pendekatan Sains Barat yang mengabaikan tuhan dalam aktiviti saintifik mereka.


Buku ini adalah sumbangan ahli-ahli ilmuan UKM untuk mengetengahkan pembangunan sains yang bersifat tauhidik, dan diharapkan akan memberi sumbangan kepada pembinaan tamadun yang berpusatkan tuhan.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI