Pengajaran & Pembelajaran Tilawah Al-Quran Sekolah Menengah Di Malaysia
Author: Mohd Aderi Che Noh
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789674122898
Weight: 200
Pages: 166
Year:
Price: RM30
Tilawah al-Quran adalah bidang penting dalam pendidikan Islam yang menjadi perbincangan dalam kalangan penyelidik di Malaysia. Hal ini kerana pengajaran guru didapati telah memberi impak kepada proses pembelajaran dan penguasaan pelajar dalam bidang tilawah al-Quran. Penguasaan pelajar terhadap bidang ini menjadi asas untuk menguasai bacaan al-Quran terutamanya untuk melaksanakan ibadat khususnya solat dengan khusyuk. Buku ini mengupas secara terperinci mengenai sejarah pengajaran al-Quran, amalan pengajaran dan pembelajaran berkesan untuk tilawah al-Quran, model pengajaran dan pembelajaran tilawah al-Quran dari perspektif Islam dan teori pembelajaran tilawah al-Quran. Dalam al-Quran, faktor guru dikupas secara mendalam dalam buku ini dengan memberi tumpuan terhadap hasil kajian mengenai pemikiran dan tindakan guru, pengalaman mengajar, peranan guru dalam bilik darjah dan sikap guru. Faktor input pelajar juga diketengahkan merangkumi tahap kebolehan, kemahiran membaca, gaya pembelajaran dan sikap pelajar yang mempengaruhi kognitif dan kebolehan mereka menguasai tilawah al-Quran. Buku ini juga memperincikan amalan pengajaran tilawah al-Quran di Malaysia berdasarkan amalan pengajaran di Malaysia. Semoga buku ini menjadi sumbangan kepada bidang ilmu dan penyelidikan Islam, pelajar prasiswazah dan pascasiswazah yang berkecimpung dalam arena pendidikan untuk mendapat gambaran dan inspirasi mengenai bidang tersebut.