Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab Di Malaysia
Author/Editor: Mohd Rosdi Ismail & Mat Taib Pa
Publisher: UM Press
ISBN: 9831004094
Weight: 300
Pages: 187
Year: 2006
Price: RM25
Buku ini adalah berdasarkan keperluan nasional, dengan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab menjadi pilihan utama para pengkaji dan sarjana di Malaysia untuk bahan penyelidikan di pelbagai peringkat. Sejarah pengajian bahasa Arab di Malaysia telah berlanjutan sejak berkurun yang lampau. Namun peredaran zaman dan perubahan ketamadunan telah menuntut perubahan metode dan pendekatannya sesuai dengan keperluan semasa. Dasar dan aplikasi metode harus dihayati dengan halus dan teliti agar mencapai objektif pengajaran dan pembelejaran asal dan dipersetujui dalam dasar pendidikan negara.