Pengajaran dan Pembelajaran ketika Covid-19: Cabaran, Strategi dan Peluang

RM35.00
9789672519676
1 item(s)
+

Pengajaran dan Pembelajaran ketika Covid-19: Cabaran, Strategi dan Peluang

Author: Razinah Sharif, Nor Kamaliana Khamis, Zurina Mahadi
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672519676
Weight: 0.254
Pages: 163pp
Year: 2022
Price: RM35.00

Pembelajaran dan pendidikan merupakan elemen penting dalam kehidupan individu.

Pembelajaran di universiti lazimnya berpandukan taksonomi pembelajaran dan pengajaran yang berpusatkan kepada kognitif, afektif (emosi) dan kebolehan psikomotor. Kepelbagaian taksonomi ini menjadi menjadi keperluan kepada pelajar di universiti bagi mencapai objektif pembelajaran mereka mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh pihak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Kepelbagaian domain ini diharapkan dapat membantu para pelajar menjadi pelajar yang bukan sahaja menguasai ilmu kognitif dan teori pengetahuan, malah memiliki kemahiran insaniah termasuk kebolehan untuk beradaptasi dalam persekitaran. Cabaran pandemik COVID-19 yang melanda dunia menyebabkan individu perlu beradaptasi terhadap keperluan yang memerlukan teknologi terkehadapan termasuk dalam pengajaran dan pembelajaran di universiti dan di sekolah.

Adaptasi ini melibatkan keseluruhan ekosistem pendidikan dan pembelajaran yang holistik yang melibatkan teknologi bersifatkan imersif, inklusif dan integratif. Penilaian dan pentaksiran turut diubah suai menggunakan teknologi pintar dan realiti terimbuh. Buku ini akan mengupas pelbagai teknologi dalam sistem pendidikan termasuk pengajaran, pembelajaran dan penilaian. Bab dalam buku ini adalah hasil pembentangan penyelidik di KNOVASI 2021. Diharapkan buku ini dapat menyumbang ke arah perkembangan ilmu dalam bidang teknologi pintar yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran terutamanya untuk peringkat universiti.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI