Pengajian Islam Di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia
Author/Editor: Mohd Fauzi Hamat, et al.
Publisher: UM Press
ISBN: 9831004517
Weight: 350
Pages: 310
Year: 2007
Price: RM69
Perbincangan dan analisis yang terkandung dalam buku ini mencakupi hampir semua bidang utama pengajian Islam yang ditawarkan oleh Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di negara ini. Antaranya pengajian akidah, pengajian dakwah, pengajian usuluddin, pengajian syariah, pengajian usul fiqh, pengajian tamadun Islam sehinggalah kepada pengajian siasah syar’iyyah, pengajian perbankan, pengajian gender serta bidang pengajaran dan pembelajaran. Fokus diberikan kepada sorotan perkembangan sesuatu pengajian, kepentingannya dalam bidang pengajian Islam, penawaran kursus berkaitan, silibus, cabaran dan hanbatan masa kini serta cadangan atau keperluan menambah baik agar pengajian islam terus relevan seiring perubahan semasa. Pengajian Islam yang diajar di IPTA Malaysia adalah usaha berterusan untuk mencapai matlamat dalam mengintegrasikan prinsip pengajian Islam abadi dengan perkembangan dunia sains teknologi dan kehidupan moden. Buku ini boleh dijadikan rujukan dan panduan berguna bagi segenap pihak termasuklah penggubal dan perancang dasar di Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran; pengurusan tertinggi institusi akademik di IPTA dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS); penggubal silibus pengajian Islam di IPTA dan IPTS; pensyarah pengajian tinggi; pelajar ijazah tinggi atau ijazah dasar; dan semua pengkaji serta individu yang terlibat secara khusus dalam pendidikan Islam di semua peringkat.